Friday, December 31, 2010

Nilai Seorang wanita solehah



Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" Ibnu-majah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 20, 2010

Bila Diri Bangun di Pagi Hari =)



Bila diri bangun di pagi hari ...


titipkanlah rasa syukur di hatimu kepada Allah ...ya Allah, terima kasih kerana menghidupkan lagi aku hari ini. Lantas ucapkanlah doa warisan Junjunganmu SAW; “segala puji bagi Mu ya Allah yg masih menghidupkan aku selepas kematianku dan hanya kepada Mu tempat aku kembali ..."

Bila diri bangun di pagi hari...

Bangkitlah dengan rasa kerdilnya diri kepada Allah ...dengan izinNya engkau mampu bangun untuk meneruskan lagi kehidupan. Sucikanlah hati dan zahir dirimu dengan berwuduk...rebutlah peluang di akhir sepertiga malam untuk sujud kepadaNya .... meraih kasih jua rahmatNya ...moga dipimpin hidupmu di dunia.

Bila azan berkumandang...

Bersegeralah wahai diri ...tunaikanlah kewajipanmu...hadapkanlah diri beserta hatimu kepadaNya...dengan penuh rasa kerdilnya diri, lemahnya diri ini ya Allah....sedarilah hakikat dirimu sebagai hambaNya ... dan ketahuilah sesungguhnya solatmu di pagi ini disaksikan oleh para malaikat. Lalu di sujud yang terakhir, mohonlah kepada Allah ...semoga dosa-dosamu diampun olehNya , semoga hatimu tidak akan goyah dengan dunia. Mintalah kekuatan kepada Allah utk menghadapi hidup seharian ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepadaNya, moga bertambah sifat kehambaan dalam dirimu ...moga kan bersinar cahaya imanmu.

Bisikkanlah jua di hati nuranimu ...

Rasa pengharapan agar diberi nusrah dalam menjaga kewajipanmu ... bersegera dalam menunaikan solat beserta rasa khusyuk dan takut kepadaNya semata ...dimudahkan dalam melakukan amal soleh sebagai bekalmu apabila tiba hari pertemuan denganNya di akhirat nanti. Mohonlah perlindunganNya agar dijauhkan dirimu daripada hasutan dan bisikan syaitan laknatullah, kejahatan manusia yg tidak beriman dan keburukan sifat mereka yang munafik... dan merintahlah lagi kepada Allah... berilah kekuatan kepada dirimu dalam melakukan amal bakti terhadap orang tuamu dan kaum kerabatmu, moga terpelihara lidah jua tanganmu daripada menyakiti hamba-hambaNya ....dan mintalah kepadanya hati yang cekal dan tabah ...moga kuat semangatmu dalam bermujahadah .. moga tidak luntur roh perjuanganmu dalam membela agamaNya…

Dan insafilah wahai diri...

tidak ada yang lebih berharga selain daripada redhaNya, tidak ada yang lebih bahagia selain daripada cintaNya dan tidak ada yang lebih bermakna dalam kehidupan di dunia ini selain hidayah jua pimpinanNya ...

Sekian.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, December 19, 2010

Pagi Yg Suram....






Dah 3 hr cuti hehe iaitu jumaat sabtu dan ahad kerana byk kelas x start lg so cam biaser la minggu pertama sem baru ni rileks2 jer... hehe

Minggu Yg bermula dengan agak biase... Tiada yg special sgt pun haha... Biase la week 1 beli buku (pt x masuk ag waaa) + jalan2+ menunggu jawapan+ meeting +Tgk hantu kak limah dan bermcm2 lg la...

Minggu lepas mendapat 2tawaran menjadi presiden 2 kelab di uia.. tetapi malang nye aku menolak ke 2 2 nye sebab lepas ni dah bz ngn praktikal dan fyp (jual mahal hihihi)... xper laen kali ade rezeki leh jadi ketua ag kat mane2 hehe...

Sayang nye hr terakhir pada minggu pertama di hiasi ngn perasaan sedih dan sedikit kecewa sob sob sob =(
Mendapat Jawapan yg tidak di ingin di dengari tp harus di tabahkan jugak hati ini untuk menerimanye.. walau pun perit tp ditelan juga... Jodoh Pertemuan di tangan Allah....Nak frust pon dah malas.. dulu frust sampai 3 taun tuh.. ni x tau la smpai bile... Moga Allah mempermudahkan aku mencari si Solehah penghias syurga firdaus untuk ku terus berada dijalan diredhai Allah ni... Seperti ayat bawah ni

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139

Minggu Yg baru... Pagi2 ag dah bangun... Biase la kena puasa 3 hr sebab bernazar untuk result final ri tu.. Alhamdullilah Allah Makbulkan doa lulus sume subjek diambil dgn unexpected result yg tidak menjejaskan pointer sem ni hehe...Thank Allah =)

Minggu Baru ni akan bermula lah Kebanyakan kerja dan program pertama sem ni pada minggu ni iaitu Quranic Wave.. Satu lg program besar dr QYC dan Humanitarian Night yg Membolehkan aku sedikit bz... haha... Harap ke 2 2 program berjalan dengan lancar hendaknye Insyallah...

K la .... Nak g sembahyang subuh.. harap sedikit coretan isi hati dan cerita kisah minggu2 lepas sedikit sebnyak dapat mendewasakan aku.... =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, December 10, 2010

Imam Syafi'e dgn Pedebat =)



Pada suatu hari, seorang lelaki pendebat datang bertemu Imam Syafie lalu tertanya, “Mengapakah Iblis diciptakan daripada api dan kemudian dia diseksa pula dengan api?”

Imam Syafie berfikir sejenak. Kemudian Imam Shafie mengambil segumpal tanah kering dan mencampakkannya kepada lelaki itu. Lalu, ternampak tanda-tanda kesakitan dan marah pada air muka lelaki itu.

Apabila melihat keadaan sedemikian, Imam Syafie bertanya kepada lelaki itu, “Adakah kamu sakit?” Lelaki itu menjawab, “Ya! Saya sakit.”

Lantas Imam Syafie pun berkata, “Engkau seorang manusia yang dijadikan daripada tanah, dan engkau juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.”

Lelaki itu terdiam tidak menjawab, tetapi dia telah faham dengan maksud kata-kata Imam Syafie; Begitulah jua keadaan Iblis : dia diciptakan Allah daripada api dan dia juga akan diseksa dengan api.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, December 7, 2010

Kisah Nafsu Yg Degil Kepada Perintah Allah =)




Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahanam selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

So Pengajaran Nyer Jage La diri Kite Dari Depengaruhi Oleh Nafsu =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 =)

Salam Maal Hijrah Pada Semua Rakan2 Walau Di mane2 Kowang Berada.. =)

Moga Awal muharram Ini Memberi Seribu satu Pegertian @ Perubahan @ Pembaharuan Pada Diri Saya Juga Sume Umat Islam Walau Dimana Kiter Berada k !

Ok la.. Jgn Luper Doa Awal Tahun K ! Moga dengan Doa tu Taun Baru kiter Akan Berjalan dengan Penuh Keredhaan dari Allah =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 2, 2010

Senang Bukan Syarat Tenang =)



Dalam abjad rumi, huruf s dan t berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse".

Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang..

Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintudepan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.

Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyidari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.
Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga....perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!

Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihatdengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata....segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati.

Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang....tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti naek lif yang penuh sesak.. hehe

Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. SEbab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya?

Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati....mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat ALlah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita.Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.

Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku".

Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan.Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati.Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.
Lebih baik dapat tenang daripada senang.

Tapi kalau dapat 2 2 Memang Ok lah kamu ! =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Search This Blog