Tuesday, March 16, 2010

5 cara memilih sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina
persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-
Qamah seorang sahabat Rasulullah saw)
kepada
anaknya:

* Pertama, pilihlah sahabat yang suka
melindungi
sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika
kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

* Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila
engkau menghulurkan tangan untuk memberikan
jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima
dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan
yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-
hitungkan (menyebutnya).

* Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila
engkau menghulurkan tangan untuk memberikan
jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima
dengan rasa terharu dan dianggap sangat
berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

* Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau
meminta sesuatu daripadanya, pasti ia
memberi,
jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu
dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan
yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.

* Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata,
ia
suka membenarkan ucapan dan bukan selalu
mempercayainya saja. Jikalau engkau
mengemukakan sesuatu persoalan yang berat
dia
suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih
dengannya, dia suka mengalah untuk
kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih
sahabat yang baik agar segala matlamat dan
hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat
dilaksanakan bersama-sama sahabat yang
mulia.

=================================
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami
dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis - LAA
HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 15, 2010

7 Macam Pahala Yang Dapat Dinikmatinya Selepas Mati



Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.
8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, March 14, 2010

Jam 3 Pagi...



Jam di Bilik Menunjukkan Pukol 3.13 pagi..
Cm BIaser la Ni la time2 nak tidow, sebelom tido teringat ke"emo"an aku minggu ni.. Minggu ni mcm2 berlaku. tu la ni la.. Biaser la liku2 kehidupan...

Hari ni Aku asyik tidow jer dr pagi td , tu yg x leh tidow malam nih haha... Sebab penat semalam prepare Mini sport futsal kot.. Petang td Raser cm malas nak turun Padang tp dah member2 ajak aku turun ler cm biaser... Biaser la Sekarang ni aku ni jadi "Host" dowang, aku ler dok mesej2 ajak dak2 ni maen...
Tp maser maen ader la 1 2 mulot yg dok komplen jer... Sound2 gitu jer.. Buat aku emo.. so Sebagai Manusia aku pun x lari dari perasaan marah cm org laen.. So aku pun emo r.. Nak sound Balik Malas So aku senyap kan diri jer... Buat x tau..

Kebetulan Teringat maser usrah minggu lepas aku kena bg tazkirah sikit pasal maksud "Marah" so aku teringat salah satu care hilangkan marah iaitu "Diam Atau Tidak berbicara" hehe Seperti Sabda Nabi s.aw

"Siapakah yang kalian anggap perkasa? kami menjawab :Orang yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa. Nabi Bersabda : Bukan itu tetapi orang yang dapat mengawal diri ketika marah "

Tadi maser usrah abg Nik ajar Buku Apa ertinya Saya Menganut Islam dari Fathi Yakan yang agak menarik gak la kandungan nyer... pastu maser nak habis usrah sedang perot aku lapo sebab x sempat nak g makan sebab balik time magrib dari bermaen futsal.. Sustra bawak la pulak roti Hot dog dan nuget byk.. So seperti org ngantok disorong bantal r aku makan haha...

Nak tido2 ni tetiba datang lagi persoalan .. Naper Org2 Yg dakwah sekarang ni terlalu tertumpu kepada org yg kita nampak mereka baek2? Kemana hilang nyer kiter untuk membawa rakan2 kita yg kurang baekk (nakal) ... aku dapat perhatikan Ramai kawan2 aku yg leh dianggap nakal berpotensi menjadi baek tapi x der saper penah mengajak dowang untuk kejalan yg kebaikan,,, Contohnyer maser berprogram dalam pengalaman aku.. aku tgk sumer yg jadi komiti tu sumer dari org2 yg baek.. Kenapa tidak kita mengajak budak yg nakal ni dan bimbing dier ke jalan yg lebih baek ..? Smua menjadi persoalan Pada diri aku... Insyallah aku akan berusaha Mencari Jawapan nyer Kelak... Semoga Allah Permudahkan aku menemui jawapan nyer.. =)

Minggu depan ni Minggu terakhir kelas so byk giler kerja ngn kertas kerja seminar kena buat 4 karangan 1000 patah perkataan (Hampeh...=( ) report project ca, report mini project math lg ngn mid term second Micro P.. maybe aku akan menjdi sgt bz.. Aku Berharap Allah dapat memudahkan Perjalanan hidup Aku nih , Semoga aku dapat menggunakan maser dengan Baek... Amin =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 1, 2010

Allah Sentiasa Menerima Do'




Insan hendaklah bersangka baik dengan Allah. Meyakini bahawa Allah senantiasa melimpah ruahkan rahmatNya. Mendampingkan diri kepada Allah menerusi jendela perbuatan dan amalan yang diredhai. Apabila Allah redha kepadanya, maka dia akan merasakan betapa Allah itu hampir dan tidak jauh darinya.

Sebenarnya, insan itulah yang selalu menjauhkan dari Allah. Apabila dia ditimpa cubaan dia bertanya di mana Allah?!!. Sikap dan akhlak insan terhadap Allah selalu menyebabkan insan hilang pedoman, merasa diri dipencilkan dan tiada tempat yang ingin mendengar rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih senantiasa terbuka di sisi Allah.


Kadang-kala seseorang insan rela ke sana-sini memohon bantuan bagi sesuatu pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah. Bersusah payah insan berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang senantiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat.

Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”


Ya! Allah itu hampir dan amat sudi untuk segala do`a yang diangkat kepadaNya. Justeru itu sangat menghairankan bila adanya insan yang meninggalkan do`a kepada Allah yang hampir kepadaNya lalu mendapatkan makhluk-makhluk yang tidak terdaya untuk mengadu segala rasa hati dan dukacita. Padahal kita tahu bahawa sikap makhluk apabila terlalu banyak diminta maka bertambah rasa bosannya sedangkan Allah pula lagi banyak kita mengadu dan meminta bertambah pula kasih dan sayangNya.


Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.


Sesiapa yang hatinya bersih akan menangislah dia apabila membaca ayat di atas. Betapa Allah dengan penuh kasih sayang meminta kepada RasulNya agar memberitahu bahawa Dia sangat hampir kapada mereka serta mendengar do`a dan rintihan mereka.

Kita diajar di dalam Islam agar senantiasa bergantung kepada Allah nescaya kita dapati Allah senantiasa bersama kita. Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil:

Maksudnya:

Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.

(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-2516, katanya hadith ini hasan sahih)


Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.


Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdo`alah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu"

Mungkin akan ada yang bertanya: "Allah telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima do`a sesiapa yang berdo`a kepadaNya namun mengapa masih ada insan yang berdo`a tetapi kesan do`anya tidak dapat dilihat secara zahir?". Untuk itu, maka para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do`a) bukanlah bererti semestinya setiap do`a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do`a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah:

Maksudnya:
"Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."

Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)

menerusi hadith di atas, baginda Nabi s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do`a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah menerusi tiga keadaan berikut;

Pertama: Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo`a. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo`a, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewat disebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima do`a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia. Lihatlah seorang wanita dari Aljeria yang mengidap penyakit barah yang segala doktor yang dia pergi mendapatkan rawatan mereka berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah, dia sembuh tanpa sebarang kesan barah yang mengkagumkan seleuruh pakar perubatan negaranya. Kata wanita itu: “Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dariNya, itulah Allah!!!. Demikian kiranya do`a dimakbulkan.

Kedua: Tidak dilihat kemaqbulannya di dunia tetapi disimpan untuk balasan kebaikan yang besar di akhirat di atas hikmah yang hanya dihendaki oleh Allah. Kalau ini berlaku hendaklah kita fahami bahawa ianya adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk kita. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah tidak memaqbulkan sesuatu do`a secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam,baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang kita pohon. Akal kita kadang-kala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu. Umpamanya, seseorang yang memohon kepada Allah agar diberikan kemewahan yang melimpah, namun Allah tidak menunaikan hajatnya itu, lantas dia merasa diri tidak bernasib baik. Padahal Allah tidak menunaikan hajatnya itu kerana kasih-sayang Allah kepadanya. Allah mengetahui orang ini sekiranya dia berada dalam kemewahan, dia akan lupa kepada Allah maka rugilah kehidupan akhiratnya nanti. Allah ingin menyelamatkannya lalu ditangguh do`a tersebut untuk hari akhirat. Ini adalah contoh ringkas bagi memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu kepadaNya kita berserah. Bahkan apabila kita berada di alam akhirat nanti, kita akan berasa betapa beruntungnya segala do`a yang tidak dimaqbulkan itu ditangguh untuk diberi ganjaran besar ketika kita dihisab di Mahsyar kelak lalu segala do`a tersebut menjadi penyelamat kita dari keperitan neraka atau pengangkat darjat keistimewaan kita di syurga. Di sana nanti satu persatu do`a yang ditangguh itu ditunaikan dengan cara lebih baik dari yang dijangka oleh seseorang hamba.

Ketiga: Do`a diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. Hasilnya, betapa banyak keburukan yang insan terselamat darinya tidak dengan kehebatan atau kebijaksanaannya tetapi rahmat Allah yang barangkali datang hasil dari do`a-do`a kita yang berbagai kepada Allah.

Di samping itu semua, wajar diingatkan, perbuatan berdo`a itu adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika dia berdo`a kepada tuhannya. Sama ada sesuatu do`a dimakbul atau tidak, pahala pasti ada di sisi Allah S.W.T.

Sabda Nabi s.a.w.

Maksudnya: "Do`a itu adalah ibadah"

(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3372, Abu Daud hadith ke-1479, Ibnu Majah hadith ke-3828. Kata al-Tirmizi: "Hadith ini hasan sahih Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz: Hadith ini sanadnya sahih, seperti apa yang nyatakan oleh al-Hakim dan al-Zahabi.( m.s. 247. Ctk. Riyadh.)

Berdasarkan riwayat di atas kita dapat merasai betapa luasnya rahmat Allah. Bukan sahaja insan senantiasa dibuka peluang untuk meminta daripadaNya, bahkan setiap do`a yang dikemukakan dijadikan ibadat iaitu diberi balasan pahala di sisiNya. Demikian Allah Yang Maha Luas rahmatNya bertambah banyak pemohan kita kepadanya bertambah pula kasihNya kepada kita.

Sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya:
"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melebihi do`a"

(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3370, Ibnu Majah 3829. Kata al-Tirmizi hadith ini `hasan gharib)

Bahkan di sana terdapat dalil-dalil yang begitu banyak yang menggambarkan begitu besarnya kelebihan berdo`a. Ini kerana do`a adalah perlambangan tunduk serta rasa hina diri dan berhajatnya insan kepada pertolongan Allah yang Maha Berkuasa. Oleh itu berdo`alah kita kepadaNya dan jangan berputus asa dari rahmatnya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Search This Blog