Thursday, July 29, 2010

Jom Amal Kan Ayat Kursi ...= )



Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 27, 2010

Dear diary...



Hr ini seperti hr2 biaser aku .. aku bergerak ke sana ke sini walau pun kaki aku x der la ok sgt cm selalu...(terasa sakit biler naek tangga)

Pagi td aku ader lab section hmpir 3jam bertungkus lumus membuat experiment akhr nyer x siap jugak dah la perot lapo sebab byk sgt berpikir.. dalam keadaan letih aku terus g ke kelas Gen... walau mengantuk aku gagah kan...

Memang payah la aku asyik tersengguk sengguk.. dan akhir nyer aku pasan yg lecturer ku perasan yg aku mengantuk dan tetiba kelas abis awal.. terasa bersalah di hati.. tp aper nak buat aku dah cuba gagah kan diri...

Balik2 jer jalan depan kafe dan hampir berhenti ... tp biler teringat kat kawan2 aku yg jnji nak berbuka puasa sekali aku gagah kan balik bilik dan terus tidow..

Pada petang nyer aku tanyer la mereka puasa x.. kecewa giler biler tahu sume dah bukak.. haha... tp maser berbuka ok lah not bad dowang teman jugak aku...

hehe... minggu ni minggu yg pelik... seperti semangat baru atau hape tah.. tetiba raser cm ader azam nak kurus kan badan..maybe ader influnce dari sesuatu, tp biar la ia menjadi rahsia hati ini =). harap2 kali ini ia x bersifat sementara... harap2 gitu la... penat jugak gemol2 ni... nak buat aper pun susah haha....

Lg satu aku jadi cm sedih pulak biler melihat gmbr2 program ke n9 ritu.. raser cm x leh nak tgk sangat... xtau perasaan ape kah ini... tp ia memang satu perasaan yg mengambarkan kekecewaan dalam diri ni....

Jam dah menunjukkan kol 4 pg... kelas esk kol 8.30 harap hr esk akan lebih bererti untuk aku.... k la pakcik nak tidow.. k bye......salam.....=)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 23, 2010

Hari Yg Disangka Cerah Menjadi Kelam....


Seperti biaser hati ini seperti hari2 yg laen biler nak g satu2 program mesti seronok...
melompat2 hati ini nak g... nk menulis satu lg pengalaman bru...
destinasi nye ke sekolah kebangsaan seremban 2 dan program yg dijalankan adalah program kem penghayatan Al-Quran disana...
Sudah Berbulan ia dirancang dan persediaan rapi disediakan...
Dan semua nye berjalan lancar dengan berkat dari Allah..

Jam 5.50 pagi 23 July...

Aku bgn dari tido dengan semangat untuk mengajar adik2 sekolah tu nanti...
Aku terus gi mandi , berwuduk dan menyarungkan baju melayu....
Aku bersesiap sedia untuk semayang.. untuk pengatahuan kowang minggu lepas kaki kiri aku ni terseliuh dan hmpir 2 hr x leh jalan... so lepas beberapa hr dah ok... So cm biaser aku cube untuk semayang seperti org2 laen sebab dah 1 minggu aku semayang duduk...
ape kan daya sedang aku test duduk di antara 2 sujud.. kaki kiri ni tetiba cm sakit ri tu.. dan aku cube bgn dan gagal, kire x leh jalan balik...

Bayangkan 20 minit sebelum bas bergerak ia terjadi.. punah raser hati ini Allah jer tau... tp ape nak buat dah xder rezeki so aku kena tabahkan hati terima ketentuan Allah...


Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.
(Surah Az-Zumar, Ayat: 10).
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 10, 2010

Cermin Diri...



1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Search This Blog