Sunday, November 14, 2010

Aurat wanita Islam



Berdasarkan kepada Al-Quran dan As-sunnah, aurat adalah suatu peraturan daripada Allah s.w.t. Aurat seorang wanita adalah perhiasan dalaman wanita. Sesiapa yang menutup aurat kerana mentaati perintahNya, itulah yang sebaik-baiknya.

Perintah ini jelas dalam surah An-Nur 31

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nuur 24:31)

"Ulama'bersepakat mengatakan bahawa wanita islam di haramkan mendedahkan tubuhnya kepada lelaki yang bukan mahramnya, kecuali anggota tubuhnya yang zahir. Ulama' berselisih pendapat mengenai anggota tubuh yang zahir. Pendapat Imam Maliki dan Imam Hanafi: Aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan.

Manakala pendapat Imam Syafie dan Imam Ahmadv Hambali pula: Aurat wanita islam adalah seluruh tubuh mereka. Kedua-duanya mempunyai hujah dan terpulanglah kepada kita yang mana satu lebih kuat untuk diterima.Aurat wanita sesama mereka adalah seperti aurat lelaki iaitu daripada pusat sampai ke lutut. Pada bahagian atas iaitu daripada pusat dan ke atas, tidak menjadi aurat sesama wanita itu. Penetapan Allah ini sudah tentu ada hikmah disebaliknya.

Contohnya kelonggaran tersebut akan memudahkan ibu-ibu yang mahu menyusukan anak-anak mereka.Aurat muslimah dihadapan muslimah fasiq pula adalah sama dengan aurat muslimah dihadapan lelaki bukan mahram (termasuk orang-orang fasiq ialah orang yang suka menipu dan orang yang melakukan dosa secara jelas).{Rujuk tafsir Al-Qurtubi}Sekadar berkongsi ilmu.wassalam.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

Search This Blog