Monday, October 18, 2010

MUHASABAH DIRI....




(S) Wahai yang empunya diri,sudahkah engkau selesai menunaikan solat??
(J ) Sudah ...alhamdulillah.........
(S) Semasa engkau mengucap allahuakhbar dalam takbiratul ihram.Adakah
hatimu turut sama membesarkan allah
(J ) Tidakk......Kalau begitu engkau sebenarnya tidak bertakbiratul ihram
(S) Semasa engkau membaca iftitah...engkau mengatakan inna solati wanusuki
wamahyaaya wamamatii lillahi rabbil a'lamin(maksudnya:-sesungguhnya
solatku,ibadahku,hidupku dan matiku kerana allah tuhan sekelian alam
adakah engkau merasakan bahawa solat yang engkau kerjakan itu
merupakan solat engkau yang terakhir,kerana maut boleh menjemputmu
pada bila-bila masa
(J) Tidak.....kalau begitu engkau sebenarnya tidak membaca iftitaf kerana
engkau tidak menghayati dan mempraktikkan bacaan mu
(S) Semasa engkau ruku' dan sujud adakah engkau tunduk menghinakan dirimu
yang dhaif itu dan meninggikan allah....
(J) Tidak.....kalau begitu engkau sebenarnya tidak ruku' dan sujud pun kerana
engkau masih merasakan dirimu itu lebih dari makhluk allah yang lain.sifat
bongkak ,sombong,riak dan segala sifat mazmumah masih lagi tebal dalam
hatimu yang menyebabkan engkau lalai dalam solatmu.....
ingatlah engkau akan di campakkan kedalam neraka wail kerana engkau
telah lalai dalm solatmu.....Solatmu bukan sahaja tidak diterima oleh allah...
tetapi menjadi satu ma'siat yang akan diazab oleh allah di akhirat nanti....



Astaghfirullahal azimmm.....diri akukah itu?????

Ya allah berilah kepada ku kekuatan untukku memperbaiki solatku

Ya allah permudahkan lah diriku untuk mengingati engkau,mensyukuri ni'mat engkau dan memperbaiki amalanku terhadap engkau...amin........
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

Search This Blog